22 lokaliti di Sabah dikenakan PKPD selama 14 hari

0
1
Suasana hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pangsapuri Sri Permai, Sungai Besi ketika tinjauan Malaysiapost hari ini.

KERAJAAN hari ini mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti di negeri Sabah dan Pahang bermula 1 Ogos hingga 14 Ogos.

Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Hussien, berkata pelaksanaan PKPD itu setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti berkenaan.

Enam lokaliti di Tawau, Sabah dikenakan PKPD adalah Bandar Sabindo; Kampung Rancangan Sungai Tongkang; Taman Kukusan; Batu 2 Lorong Habib Abdul Rahman Jalan Apas; PPR Sri Semarak; dan Taman Berjaya.

Diikuti lima lokaliti di Keningau iaitu Kampung bariawa Laut; Kampung Baitah; Kampung Panagatan Ulu; Kampung Kota Ayangan; dan Rumah Kongsi Jutaya Lingkudau.

Tiga lokaliti di Kudat dikenakan PKPD adalah Kampung Seri Sman; Taman Orkid; dan Kampung Damarah Banggi.

Di Sandakan pula tiga lokaliti dikenakan PKPD Kampung Lupak Meluas Darat; Kampung Sundang Laut; dan Flat Taman Sejati.

Dua lokaliti di Kota Kinabalu dilaksana PKPD iaitu Taman Sempelang Sembulan; serta Kampung Sembulan Tengah dan lama.

Manakala, Kampung Tempasuk 1 Kota Belud; Kampung Tengah Padang Putatan; Kampung Babagon Penampang juga dikenakan PKPD.

Sementara, satu lokaliti di Pahang iaitu Kampung Tanjung Kerayong, di Temerloh juga dilaksana PKPD. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here