Kenyataan media TPM tulen, benar

0
1

MENTERI Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan kenyataan media dikeluarkan Timbalan Perdana Menteri menggunakan logo Barisan Nasional (BN) semalam adalah tulen dan benar.

Menurut menteri daripada BN itu, kenyataan media tersebut dikeluarkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas pertemuan dengan 40 Ahli Parlimen BN.

Katanya, ia termasuk lima Ahli parlimen yang telah memberi mandat walau tidak dapat hadir kerana sama ada berada di luar negara, menjalani kuarantin atau uzur.

“Sebaliknya kenyataan tidak cermat Setiausaha Eksekutif BN yang cuba menafikan kweujudan dan kesahihan kenyataan itu amatlah dikesali.

“Ahli Parlimen BN berhak membuat pendirian, dan pendirian itu dibuat selepas satu konsensus dicapai dalam pertemuan yang diadakan pada jam 5.30 petang (semalam) di tingkat 3, bangunan baru Parlimen,” tulisnya di Facebook.

Terdahulu Ismail Sabri menerusi kenyataan memaklumkan seramai 40 Ahli Parlimen BN menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun Setiausaha Eksekutif BN, Mohamad Sahfri Abd Aziz dalam satu kenyataan malam tadi berkata, kenyataan yang menggunakan logo dan alamat pejabat parti seperti tersiar dan viral adalah palsu.

Menurutnya, sebarang kenyataan rasmi parti hanya dikeluarkan melalui Pejabat Pengerusi atau Setiausaha Agung dan dikeluarkan melalui saluran rasmi parti. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here