Walau bukan Muhyiddin yang umum, beliau tak boleh lepaskan diri – Tun M

0
1

TUN Dr Mahathir Mohamad menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanggungjawab berhubung kenyataan dikeluarkan Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkaitan pembatalan Ordinan Darurat dengan meletak jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, kenyataan dukacita oleh Yang di-Pertuan Agong hari ini menunjukkan Muhyiddin telah menipu Parlimen berhubung perkara berkenaan.

“Muhyiddin mesti tahu bahawa dia tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan Ordinan Darurat itu sendiri. Tapi perkara itu tetap diumumkan seolah-olah beliau ada kuasa namun sebaliknya keputusan itu terletak di tangan Yang di-Pertuan Agong.

“Walaupun bukan Muhyiddin yang mengumumkan pembatalan Ordinan Darurat itu, namun Perdana Menteri tidak boleh melepaskan dirinya daripada tanggungjawab tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Mahathir, Muhyiddin dilihat tidak berusaha memperbetulkan atau menghentikan Takiyuddin ketika membuat kenyataan tersebut.

“Walaupun beliau duduk betul-betul di hadapannya. Malah beliau juga tidak membuat penjelasan pada hari berikutnya.

“Justeru, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anggota Kabinetnya perlu bertanggungjawab di atas tindakan memalukan ini.

“Oleh itu, menjadi tanggungjawabnya untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri termasuk anggota Kabinetnya turut melakukan tindakan yang sama,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here