Kenderaan bawa menteri, Peguam Negara masuki kawasan rumah Muhyiddin

0
1
Beberapa kenderaan membawa menteri dilihat memasuki kawasan kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi.

BEBERAPA kenderaan membawa menteri dilihat memasuki kawasan kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi.

Menerusi ciapan di Twitter, Bernama melaporkan turut kelihatan kenderaan dipercayai membawa Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun memasuki kawasan berkenaan.

Dipercayai ia berhubung kenyataan media dikeluarkan Istana Negara hari ini berkenaan isu Ordinan Darurat.

Menerusi kenyataan media itu, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan dibuat di Parlimen pada 26 Julai lalu bahawa kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang dimasyhurkan sepanjang tempoh Darurat, walhal pembatalan belum lagi diperkenan baginda.

Al-Sultan Abdullah Rrayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang diperkenan dan dipersetujui terdahulu dengan Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri idrus Harun pada 24 Julai lalu bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parimen bagi tujuan diungkaikan telah tidak dilaksanakan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja istana Negara, Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin menerusi kenyataan berkata Seri Paduka Baginda menegaskan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) di Parlimen pada 26 Julai adalah tidak tepat dan mengelirukan Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

Katanya, Seri Paduka Baginda turut menegaskan permohonan pembatalan semua Ordinan Darurat berkuat kuasa pada 21 Julai 2021 telah dilakukan secara tergesa-gesa tanpa pembentangan di Parlimen dan kenyataan yang bercanggah serta mengelirukan di Parlimen.

Ia bukan saja gagal menghormati pnnsip kedaulatan undang-undang yang terkandung dalam Rukun Negara, malah membelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka Baginda selaku Ketua Utama Negara seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here