PH tak boleh ‘sembang’ perjuang isu doktor kontrak

0
1

PAKATAN Harapan (PH) tiada legitimasi untuk menjadi ‘hero’ dan bercakap seolah-olah merekalah yang berhak memperjuangkan isu doktor kontrak, kata Ketua Pemuda Umno.

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata ini kerana PH yang memasyhurkan Dasar Pengurangan Penjawat Awam ketika mula memerintah pada 2018.

Bukan itu sahaja, katanya, PH jugalah yang memberhentikan ramai pekerja sektor awam berstatus kontrak selain menarik balik elaun kritikal Pegawai Perubatan.

“Ini merupakan sebahagian perjuangan DAP-PH yang secara konsisten sebelum menjadi kerajaan mendakwa kerajaan terlalu dibebankan dengan jumlah penjawat awam yang ramai.

“Sebab itulah pada 11 Mac 2020, salah satu daripada enam pra-syarat yang diletakkan oleh Majlis Kerja Tertinggi Umno untuk menyokong Tan Sri Mahiaddin sebagai Perdana Menteri waktu itu.

“….ialah supaya kerajaan baharu pimpinan beliau (waktu itu nama PN belum wujud) mestilah membekukan Dasar Pengurangan Penjawat Awam dan pembuangan pekerja-pekerja kontrak di sektor awam,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here