Cerita Caprice, Ebit Lew makin ‘panas’

0
1

PENYANYI rap, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli sekali lagi mengundang ‘panas’ apabila mendakwa dirinya difitnah.

Tanpa menyebut nama sesiapa, Caprice memuat naik gambarnya bersama pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew.

Menerusi video di Instagramnya, ia memaparkan Caprice dan Ebit Lew bersalam dan berpelukan.

https://www.instagram.com/p/CR3UShJh2qR/?utm_medium=share_sheet

Caprice muat naik semula foto berkenaan bagi menjawab fitnah yang mengatakan dia menepis salam Ebit Lew ketika ingin bersalam sewaktu bertemu di Mesir.

Katanya, disebabkan fitnah itu, Caprice telah menerima banyak ugutan, justeru dia mahu membuat penjelasan demi nama baik dan keselamatan dirinya.

“Caprice tidak boleh berdiam lagi dah. Terlalu banyak ugutan diterima. Jadi terpulanglah. Kita akan jelaskan satu per satu dan mempertahankan setiap tuduhan yang dilontarkan. Fitnah itu satu jenayah dalam Islam, lagi teruk dari membunuh.

“Insya-Allah, anda akan lihat dan faham kenapa saya terluka hari dan kenapa selama ini satu Malaysia ditipu. Air mata dan kopiah tu tidak boleh selamatkan kamu lagi dah,” katanya.

Dalam pada itu, Caprice turut memaklumkan akan menjawab beberapa lagi dakwaan dan janji pendakwah itu kepadanya.

“Mengenai isu melutut, apa dia janji kepada Caprice di hotel, dan apa berlaku di Gaza yang buat Caprice sakit hati semua akan di jawab.

“Saya minta maaf kerana saya sudah tidak tahan caci maki lagi sementara orang-orang kuat susun strategi untuk sembunyikan Caprice,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here