Malaysia catat 16,117 kes baharu hari ini

0
2
Suasana ketika penerima-penerima vaksin hadir di Pusat Penerima Vaksin (PPV) IDCC Shah Alam. PPV IDCC Shah Alam dibuka hari ini selepas ditutup semalam berikutan kes positif Covid-19 melibatkan 204 petugas PPV IDCC Shah Alam.

KES harian Covid-19 kembali meningkat apabila sebanyak 16,117 kes dicatatkan hari ini, sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,044,071.

Berdasarkan data dikongsi Kementerian Kesihatan Malaysia di Facebook, jangkitan di Selangor masih di angka 6,000 dengan merekodkan 6,616 kes hari ini.

Ia diikuti Kuala Lumpur sebanyak 2,457 kes, Kedah (1,000), Johor (907) manakala Sabah (741), dan Melaka (674)

Sementara itu, Negeri Sembilan 669 kes, Pulau Pinang (618), Pahang (403), Perak (583), Sarawak (405) dan Kelantan (592).

Manakala Terengganu mencatatkan 317 kes, Putrajaya (122), Labuan (11), Perlis (2).

Semalam, kes Covid-19 di Malaysia menunjukkan angka penurunan dengan 14,516 kes namun mencatatkan 207 kes kematian paling tinggi sejak virus berkenaan melanda negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here