Langgar SOP: Tajuddin dikompaun di Parlimen

0
1

POLIS mengesahkan mengeluarkan satu notis kompaun pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) kepada Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman selepas didapati tidak memakai pelitup muka ketika bersama individu lain di ruang legar Parlimen semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, hasil siasatan mendapati Tajuddin telah menghadiri Sidang Mesyuarat Khas Ahli Dewan Rakyat pada 26 Julai 2021 (semalam).

“Pada hari yang sama lebih kurang jam 2.30 petang, beliau didapati tidak memakai pelitup muka sewaktu sedang bersama dengan seorang individu lain di ruang legar parlimen.

“Atas pelanggaran SOP tersebut maka satu notis kompaun dikeluarkan terhadap beliau pada hari ini jam 1.00 tengah hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Eng Lai berkata, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarkan fizikal ketika berada di tempat awam dalam usaha memutuskan jangkitan pandemik Covid-19.

Hari ini, tular di laman Twitter menerusi akaun bernama @sultanoftasik memaparkan gambar Ahli Parlimen Pasir Salak yang telah melanggar SOP PKP dengan tidak memakai pelitup muka. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here