KERAJAAN melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 37 lokaliti membabitkan lima negeri iaitu di Sabah, Sarawak, Kelantan, Johor dan Pahang bermula Khamis ini.
Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata keputusan itu dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di kawasan berkenaan.
Menurutnya, di Sabah sebanyak 27 lokaliti dikenakan PKPD dengan 11 daripadanya adalah di Kota Kinabalu iaitu Kota Bandar Sierra, Kampung Unggun, Kampung Kalasanan, Lorong Cina 1, 2 & 3, Kampung Tebobon, Plaza Kingfisher, Polytechnic Commercial Centre, Kampung Pulau Penampang, Bandaran Segama, Taman Bukit Setia dan Taman Putera Jaya.
“Lapan lagi lokaliti di Penampang iaitu Country Height Fasa 1, Cyber City Fasa 1, Kampung Nabangkung, Kampung Ramayah, Taman Vista Kiranau, Kampung Sarapung Kolopis, Vista Minitod dan Kampung Tuunon.
“Empat lokaliti di Beaufort, iaitu Kampung Lumadan, Kampung Kebulu Petani, Kampung Beaufort Selatan dan Taman Arjuna, manakala tiga lagi di Tawau, iaitu Kampung Blok 31, Kampung Tanjung Batu Darat dan Kampung Darat Inderasabah serta satu lokaliti di Perumahan Ladang Tinabau, Kinabatangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, di Sarawak tiga lokaliti dalam Bahagian Kuching, dikenakan PKPD membabitkan Kampung Jawa Batu 12, Kampung Bumbok dan Kampung Telaga Air.
“Manakala tiga lokaliti di Johor adalah membabitkan Asrama Pekerja Tapak Bina Taman Bukit Perdana, Kluang, serta Kampung Pertanian dan Kampung Separa, Mukim Senai, Kulai.
“Masing-masing satu di Ladang Kerilla, Tanah Merah, Kelantan dan FELDA Jengka 7, Maran, Pahang,” katanya. – Malaysiapost

