Ahli Parlimen DAP tak hormati tafakur, bacaan al-Fatihah didesak mohon maaf

0
1

AHLI Parlimen pembangkang terutama dari DAP perlu ‘belajar’ menghormati majlis serta tidak bersikap biadap, kata Pengerusi Biro Agama Bersatu, Datuk Shabudin Yahaya.

Gesaan itu susulan tindakan beberapa wakil rakyat DAP yang mengganggu serta menjerit ketika Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membacakan Al-Fatihah kepada semua mangsa Covid-19 pada sidang khas Parlimen, semalam.

Shabudin berkata, tindakan itu menunjukkan sikap sebenar pemimpin DAP terbabit kerana mereka terus menjerit-jerit tanpa menghiraukan Perdana Menteri.

“Mereka langsung tak menghormati Perdana Menteri yang menyeru agar semua ahli Dewan bertafakur serta membaca Al-Fatihah kepada mangsa Covid-19.

“Inilah perangai sebenar pemimpin DAP yang biadap sehingga tak tahu nak hormati majlis,” katanya dalam kenyataan.

Semalaam, ketika memulakan ucapannya pada Sidang Khas Parlimen, Perdana Menteri menyampaikan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa Covid-19 yang diuji dengan kehilangan insan-insan tersayang.

Namun, wakil rakyat DAP termasuk Ahli Parlimen Bagan , Batu Kawan dan lain lain dilihat menjerit ‘point of order’ beberapa kali dan menghalang Ahli Parlimen Pagoh itu meneruskan ucapan.

“Saya amat kesal dengan tindakan biadap wakil rakyat DAP ini dan menggesa mereka memohon maaf kepada Perdana Menteri serta seluruh rakyat Malaysia.

“Tindakan mereka ini amat keterlaluan dan memalukan serta tidak boleh dibiarkan berlarutan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here