Tamat Darurat senyap-senyap, Mat Sabu bidas kerajaan takut kalah undi

0
1

AHLI Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu menempelak Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang menarik balik Ordinan Darurat secara ‘senyap-senyap’ kerana khuatir kalah dalam pengundian di Dewan Rakyat.

Mohamad Sabu yang merupakan Presiden Amanah menegaskan, kerajaan sewajarnya mengemukakan usul dan dimasukkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat sekiranya ingin membatalkan atau menarik balik pelaksanaan darurat.

Bagaimanapun, beliau mendakwa, langkah sedemikian tidak dilakukan kerana proses seperti itu memerlukan pengundian dalam kalangan Ahli Parlimen sebelum ia berupaya diluluskan.

“Hari ini, (Ordinan Darurat) ditarik senyap-senyap, sebab kalau diundi saya yakin, kerajaan akan kalah,” katanya pada Sidang Khas Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata kerajaan juga memutuskan berdasarkan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan, semua ordinan yang telah dibuat sepanjang tempoh Proklamasi Darurat dibatalkan.

“Saya mengesahkan bahawa kerajaan memutuskan tidak akan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Proklamasi Darurat baru apabila ia tamat pada 1 Ogos 2021.

“Kerajaan sudah menarik balik semua ordinan darurat berkenaan pada 21 Julai lalu. Pembatalan ini menjadikan isu Proklamasi dan Ordinan Darurat tidak lagi berbangkit,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here