Olimpik Tokyo: Atlet pelayaran negara tunjuk prestasi baik

0
1

ATLET pelayaran negara, Nur Shazrin Mohd Latif menunjukkan prestasi terbaik dalam acara laser wanita di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan kini menduduki ranking ke-11 secara keseluruhan daripada 44 pelayar.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata Nur Shazrin beraksi baik pada acara Laser Radial Wanita sebentar tadi.

“Eyin kini menduduki tempat ke-3 (Race 1) dan ke-25 (Race 2). Selepas 2 race dijalankan beliau menduduki rank ke-11 secara keseluruhan daripada 44 pelayar.

“Masih terdapat baki 8 race yang perlu dilalui oleh beliau sebelum melayakkan diri ke dalam Medal Race (10 Pelayar terbaik),” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Menurutnya, negara bangga dengan prestasinya dan berharap pelayar negara itu melakukan yang terbaik dalam perlumbaan ketiga (Race 3). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here