Kes Covid-19 Malaysia lepasi angka 1 juta

0
1

SEPERTI dijangka jumlah jangkitan kes Covid-19 di Malaysia melepasi sejuta kes dengan 17,045 kes baharu harian dilaporkan hari ini menjadikan keseluruhan 1,013,438 kes sejak wabak berkenaan melanda negara.

Berdasarkan data dan infografik dikongsi di Facebook Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor terus mencatatkan rekod tertinggi dengan 8,500 kes atau 367,469 kes kumulatif, diikuti Kuala Lumpur 2,045 kes (110,051 kes kumulatif).

Situasi di Kedah juga mengejutkan apabila merekodkan lebih 1,000 kes hari ini iaitu 1,216 kes (38,477 kes kumulatif), manakala Johor mencatatkan 950 kes (84,258 kes kumulatif), Sabah 818 kes (79,470 kes kumulatif) dan Perak 609 kes (33,919 kes kumulatif).

Pulau Pinang mencatatkan kes harian baharu sebanyak 573 kes (42,097 kes kumulatif), Negeri Sembilan 513 kes (66,615 kes kumulatif), Pahang 424 kes (21,387 kes kumulatif), Sarawak 407 kes (73,986 kes kumulatif) dan Melaka 370 kes (28,094 kes kumulatif).

Terengganu merekodkan 273 kes (14,318 kes kumulatif), diikuti Kelantan 266 kes (39,673 kes kumulatif), Putrajaya 50 kes (3,367 kes kumulatif), Labuan 21 kes (9,599 kes kumulatif) dan akhir sekali Perlis dengan 10 kes baharu direkodkan (658 kes kumulatif).

Jumlah 17,045 kes baharu harian adalah yang tertinggi direkodkan setakat ini dengan peningkatan ketara berbanding semalam iaitu 15,902 kes semalam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here