Hadi ucap tahniah pelantikan Duta Besar Malaysia di 3 negara

0
1
KUALA TERENGGANU 26 JANUARI 2019. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang semasa sidang media selepas menyampaikan Ucaputama dan Perasmian Program Simposium Seni & Hiburan Menurut Islam anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) di Dewan Teater, PPAT, Padang Hiliran. NSTP/IMRAN MAKHZAN

DUTA Khas Perdana Menteri ke Asia Barat, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengucapkan tahniah atas pelantikan Duta Besar Malaysia ke Mesir, Oman dan Lubnan yang baharu.

Menurutnya, pelantikan Duta Besar ke Mesir, Zamani Ismail; Duta Besar Malaysia ke Oman, Shaiful Anuar Mohammad; Duta Besar Malaysia ke Lubnan, Azri Mat Yacob adalah sangat penting kepada negara dari sudut hubungan antarabangsa.

“Alhamdulillah, pagi tadi saya mengadakan perbincangan melalui sidang video bersama Duta Besar Malaysia ke Mesir, Oman dan Lubnan yang baharu.

“Walaupun tanggungjawab dan amanah yang dipikul oleh mereka amat mencabar kerana bertugas di negara Timur Tengah yang menjadi sasaran pertembungan kuasa besar dunia kerana kedudukannya yang strategik dalam hubungan antarabangsa, menjadi titik pertemuan tiga benua besar dunia dan mempunyai sumber tenaga yang menjadi rebutan pada masa kini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Hadi yang juga Presiden PAS berkata, Malaysia sangat dihormati oleh rakyat negara Timur Tengah kerana mempunyai hubungan diplomatik yang sangat baik.

“Apa yang penting saya sampaikan kepada mereka agar dipertingkatkan kerajasama dalam kepentingan bersama dari sudut agama, pendidikan dan ekonomi, ke arah mencapai kedudukan negara umat Islam yang maju dan kuat dalam segala lapangan,” katanya.

“Saya berdoa dengan pertolongan Allah, mudah-mudahan Duta-Duta Besar Malaysia ke Timur Tengah yang baharu ini dapat menjalankan tugas dengan baik.

“Saya percaya pengalaman mereka yang banyak dalam lapangan diplomatik akan membantu dalam mencapai kejayaan yang cemerlang untuk Malaysia. Insya-Allah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here