Kerajaan pertimbang kelonggaran SOP penerima lengkap vaksin

0
1
lebuhraya jam kereta jalanraya highway pkp

INDIVIDU lengkap dua dos vaksin Covid-19 diberikan kelonggaran dalam beberapa aspek yang akan diumumkan dalam masa terdekat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri memberi bayangan antara kemudahannya membenarkan penggembara dari luar menjalani kuarantin 14 hari di rumah serta kelonggaran merentas negeri atau daerah membabitkan pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan.

“Ketika semua orang tertanya-tanya adakah mereka akan diberikan sedikit fleksibiliti, saya nak katakan sudah tentu kerajaan menilai apa yang dikatakan sebagai fleksibiliti vaksin kepada mereka yang sudah melengkapkan vaksinasi selepas dua minggu suntikan diambil.

“Kerajaan sekarang sedang mempertimbangkan untuk rakyat Malaysia atau pengembara yang sudah melengkapkan vaksinasi boleh memasuki Malaysia, mereka boleh melalui kuarantin selama 14 hari di rumah. Ini mungkin boleh memudah dan mengurangkan kos perbelanjaan mereka yang masuk kembali.

“Bagi suami isteri yang tinggal berjauhan, jika mereka melengkapkan vaksinasi mereka, sudah tentu mereka boleh merentasi sempadan daerah dan negeri,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Beliau berkata demikian dalam temu ramah khas dengan media di Putrajaya, hari ini.

Muhyiddin berkata, perincian lanjut mengenainya akan diumumkannya dalam tempoh terdekat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here