Aaron-Wooi Yik lakar kemenangan pertama

0
1

PASANGAN beregu lelaki badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, memulakan aksi pertama dalam saingan Kumpulan D, Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan kemenangan menumpaskan pemain Korea Selatan, Choi Solgyu-Seo Seungjae.

Beregu muda negara yang berada di ranking kesembilan dunia itu hanya memerlukan 44 minit sahaja untuk menang 24-22, 21-15 di Musashino Forest Sport Plaza.

Set pertama sengit dengan kedua-dua regu terikat 20-20 namun kesilapan Solgyu dan Seungjae memberikan naib juara Seluruh England 2019 itu kemenangan dalam set berkenaan.

Kemenangan itu pastinya memberi tonik buat Aaron-Wooi Yik yang akan bertemu juara dunia dari Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan untuk aksi kedua, Isnin ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here