Liga Super: 2 pemain Kedah positif Covid-19, aksi derby utara ditangguh

0
1

MALAYSIAN Football League (MFL) hari ini mengumumkan perlawanan Liga Super melibatkan Kedah Darul Aman FC dengan Penang FC di Stadium Darul Aman esok, terpaksa ditunda ke satu tarikh baharu.

Keputusan itu dibuat selepas dua pemain Kedah telah didapati positif Covid-19, kata Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan.

Katanya, MFL bersetuju menunda perlawanan itu selepas mendapat nasihat Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.

“Pihak MFL dimaklumkan oleh pengurusan Kedah bahawa dua pemain disahkan positif Covid-19 menerusi ujian PCR yang dilakukan ketika pemain ingin mendaftar masuk semula ke dalam Camp Based Training selepas cuti Aidiladha.

“Ujian ini adalah prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh MFL kepada semua pasukan untuk pemain memulakan Camp Based Training bagi menjaga Gelembung Sukan,” katanya menerusi kenyataan yang dimuatnaik di laman web MFL.

Aksi Liga Super kembali bersambung esok selepas berehat hampir dua bulan bagi memberi laluan kepada perlawanan antarabangsa serta aksi Liga Juara-Juara Asia. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here