SEBANYAK 144 lagi kematian akibat Covid-19 dicatatkan hari ini, menjadikan keseluruhan jumlah kematian di Malaysia akibat wabak itu meningkat kepada 7,718.
Berdasarkan data dikongsi Kementerian Kesihatan (KKM), sebanyak 10,094 kes sembuh baharu dicatatkan hari ini, jauh berbeza berbanding 15,573 kes baharu.
Seramai 939 pesakit kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 456 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes aktif Covid-19 ketika ini ialah 147,386 kes. – Malaysiapost

