Caprice nafi dakwaan tepis tangan, tolak dipeluk Ebit Lew

0
2

PENYANYI rap, Caprice menafikan dakwaan menepis tangan pendakwah Ebit Lew ketika pertemuan mereka di Mesir, baru-baru ini.

Menurut Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli, dia hairan dengan dakwaan Ebit seperti disebut menerusi sidang media pendakwah itu semalam.

Bagi menguatkan kenyataannya, Caprice memuat naik kembali video yang dimaksudkan di InstaStory miliknya.

Terdahulu, menerusi siaran langsung penjelasan isu bantuan kemanusiaan ke Gaza semalam, Ebit memberitahu seperti ada yang tidak kena pada hujung pertemuannya dengan Caprice.

“Saya ajak makan tiba-tiba dia kata tak nak makan, saya dah hairan. Dia nak salam saya, dia suruh saya doa.

“Saya salam macam biasa seperti sebelum ini. Apabila peluk tu dia macam dah lain sikit dah, macam dia tolak sikit.

“Saya tepuk dada dia, tiba-tiba dia tepis tangan saya,” kata Ebit menerusi siaran langsung berkenaan.

Padas masa sama, Caprice memaklumkan telah menghubungi Neelofa setelah nama selebriti itu bersama suaminya turut dikaitkan dalam isu tersebut.

Ia selepas ibu selebriti itu, Noor Kartini memberitahu anaknya sepatutnya turut serta dalam misi ke Gaza namun beliau enggan mencampuri urusan berkenaan dan tidak memanjangkan perkara tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here