1.59% petugas kesihatan terima vaksin dijangkiti Covid-19 – Dr Noor Hisham

0
1
dr noor hisham

SERAMAI 245,995 petugas kesihatan sudah menerima dan lengkap dua dos vaksinasi sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilaksanakan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah itu sebanyak 1.59 peratus iaitu 3,916 petugas kesihatan dijangkiti Covid-19.

Menurutnya, jangkitan paling banyak adalah membabitkan kategori satu dan dua.

“Jangkitan kategori satu ialah 1,272 kes, kategori dua 2,636 kes, kategori tiga pula hanya lima orang, kategori empat tiga orang dan tiada kes membabitkan kategori lima,” katanya dalam sidang media hari ini.

Sementara itu, menurutnya daripada 15,573 kes baharu harian yang dilaporkan hari, kebanyakannya membabitkan kategori satu dan dua.

“Jangkitan kategori lima adalah 29 kes, 74 kes kategori empat, 103 kes kategori tiga, manakala 7,095 kes bagi kategori dua dan 8,273 kes kategori satu.

“Secara keseluruhan hanya 1.3 peratus berada kategori tiga, empat dan lima,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here