Syed Saddiq perlu contohi Najib, tidak terjebak Kluster Katak – Puad

0
1

AHLI Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menasihatkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman supaya terus kuat dengan tidak terjebak dengan Kluster Katak walaupun terpaksa ‘turun-naik’ mahkamah.

Mohd Puad berkata, Syed Saddiq yang ketika ini berdepan pertuduhan pecah amanah RM1 juta akan menjadi pemimpin berjiwa besar jika tidak menjual diri.

“Jika benar, pertuduhan terhadap kamu hari ini adalah ‘political motivated’, kamu akan jadi pemimpin besar jika tidak jual diri,” katanya dalam hantaran Facebook.

Beliau berkata, kini Ahli Parlimen Muar itu merasai sendiri ‘political persecution’ seperti mana yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Jika benar, pertuduhan terhadap kamu hari ini adalah ‘political motivated’, kamu akan jadi pemimpin besar jika tidak jual diri.

“Sekarang kamu rasa musibah ‘political persecution’. Dulu kamu hina Najib berbagai. Kamu contohi Najib Razak. Be strong. Jangan goyang dan jangan masuk kluster katak, walau terpaksa turun naik mahkamah,” katanya.

Mohd Puad berkata, sebagai Presiden Penaja MUDA, Syed Saddiq perlu membuktikan bahawa perjuangannya adalah berprinsip.

“Saya Umno, kamu MUDA. Kamu Ketua MUDA. Kamu kini berpeluang membuktikan kemudaan perjuangan kamu yang teruji tetapi berprinsip. Jangan jadi macam Xavier,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil berkata, Syed Saddiq kini secara rasmi sudah menjadi Kluster Mahkamah.

“Dulu dia kata orang itu dan ini, sekarang dia sendiri termasuk sekali. Dulu dia tuduh orang kleptokrat dan sebagainya, sekarang dia didakwa pecah amanah wang berjuta.

“Dia tidak mengaku bersalah dan dia kata ini semua bermotif politik. Tetapi dia lupa yang dia tuduh dan cerca orang lain dulu tanpa usul periksa pun bermotif politik juga sehingga BN kalah kerana fitnah,” katanya.

Isham berkata, walaupun baru berkecimpung dalam politik, Syed Saddiq sudah terpalit dengan kes pecah amanah bernilai jutaan ringgit dan ia adalah karma serta kifarah buatnya.

Terdahulu, Syed Saddiq mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah RM1 juta pada Mac tahun lalu.

Syed Saddiq, 29,membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan, Syed Saddiq sebagai Ketua Armada Bersatu telah diamanahkan dengan penguasaan ke atas dana Armada Malaysia melakukan pecah amanah jenayah ke atas dana tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here