‘Saya akan bela diri di mahkamah dengan petunjuk Allah’ – Caprice

0
1

PENYANYI rap dan aktivis, Caprice mendakwa akan membela dirinya di mahkamah sekiranya keadaan memaksa dengan melakukannya berdasarkan petunjuk Allah.

Caprice, 32, berkata demikian ketika tampil sekali lagi memohon maaf kepada wakil daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), wakil rakyat, pelajar dan tempat-tempat di mana dia berkongsi visi untuk ummah sebelum ini.

“Bagaimanapun, saya harap anda tahu bahawa saya tidak akan pernah berbohong atau sebar fitnah ketika menyentuh mengenai kemajuan Islam dan umat Islam.

“Saya minta maaf dengan cara saya waktu terlalu emosi, tetapi selama ini kita memang bagi sokongan 300 peratus kepada Tuan Nadir (Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman) di Gaza dan Ustaz Ebit Lew.

“Perkara yang kita tahu, Insya-Allah kalau bukan di dunia, kita jumpa di sana (akhirat). Saya doa untuk Ebit Lew dan ‘team’ Ebit Lew walaupun misi kita ke Gaza sangat berbeza. Sekiranya kita tidak dapat menenangkan diri, apatah lagi di Palestin,” katanya di Instagram, hari ini.

Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli mengakui kelemahannya yang banyak berbuat dosa dan perlu banyak belajar berkenaan agama.

Dia juga mengakui ia adalah perjalanan paling sukar untuk dirinya menunaikan hijrah dan ibadah. Namun, dia akan meneruskannya sehingga ke akhir hayat.

“Saya minta maaf sekali lagi jika anda terluka. Saya tidak mahu meneruskan perbahasan ini dan saya harap hanya dapat bersatu dan mencapai matlamat bersama untuk perdamaian di Palestin,” katanya.

Terdahulu, Caprice telah mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan tegurannya kepada Ebit Lew berkaitan rungutan yang diterimanya daripada penduduk Gaza.

Menurut Caprice, penduduk Gaza mempertikaikan mengenai cara pendakwah itu menghulurkan bantuan termasuk perkongsian yang dibuat melalui media sosial.

Bagaimanapun, menerusi sidang live di Facebook hari ini, Ebit Lewmenjelaskan bahawa dia tidak melarikan apa-apa dokumen untuk misi Gaza seperti didakwa Caprice, baru-baru ini.

“Dia (Caprice) ada kata misi ini membabitkan saya, dia, Neelofa dan suaminya Hariz namun tiada perbincangan lanjut dibuat kami mengenai perkara ini.

“Tuduhan saya bawa lari dokumen untuk pergi ke Gaza bersendirian juga tidak benar. Untuk apa saya larikan dokumen itu?,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here