KKM nafi berita kebenaran rentas negeri, daerah individu lengkap vaksin

0
2
grafik

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menafikan video tular laporan berita berhubung kebenaran merentas negeri dan daerah bagi individu yang sudah melengkapkan vaksinasi.

KKM dalam kenyataan berkata, dalam video berdurasi 20 saat itu seolah-olah menunjukkan kerajaan memberi kebenaran berkenaaan.

“KKM menjelaskan petikan video tular yang dimaksudkan adalah video siaran berita arus perdana bertarikh 1 April 2021 yang berdurasi selama satu minit telah disunting serta disebarkan menerusi aplikasi Whatsapp untuk mengelirukan orang ramai.

“Masyarakat disaran untuk sentiasa membuat semakan di media sosial rasmi KKM untuk mendapatkan maklumat terkini yang sahih,” katanya.

Terdahulu, dalam video berita yang tular itu melaporkan bahawa setiap rakyat di negara ini yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin menerusi Pogram Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) akan dibenarkan merentas negeri dan daerah selepas diberi sijil khas.

Menurut laporan itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu sudah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here