DPIM ucap tahniah komitmen PDRM, SPRM

0
1

DEWAN Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM) menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang bertindak tegas dan penuh integriti dalam melaksanakan serbuan ke atas sebuah balai polis yang menganjurkan pesta liar di balai berkenaan.

Ketuanya, Shahir Adnan berkata, ini menunjukkan integriti tinggi pihak PDRM dalam melaksanakan tugas tanpa mengira pangkat dan kuasa termasuklah rakan mereka sendiri.

“Ternyata, PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak jika mereka didapati melanggar peraturan atau SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan. Syabas diucapkan sekali lagi kepada pihak PDRM,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, media melaporkan seorang Ketua Balai Polis (OCS) bersama tiga anggotanya serta empat wanita orang awam ditahan hasil serbuan Bukit Aman ketika mereka berhibur dalam bilik khas di balai polis tersebut.

Serbuan dijalankan pasukan daripada Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, sebaik menerima maklumat daripada orang awam.

Sementara itu, Shahir berkata, pihaknya turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bertindak tegas ‘without fear and favor’ dalam penyiasatan kes pecah amanah seorang pemimpin muda.

“Kes ini seharusnya menjadi contoh kepada pemimpin muda lain agar berintegriti dalam berpolitik dan menegakkan slogan ‘belia anti rasuah’.

“Imej politik anak muda sedikit tercalar dengan pertuduhan ini, namun ianya perlu dijadikan iktibar dan pedoman kepada pemimpin muda lain,” katanya.

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Rasuah Kuala Lumpur hari ini dan telah didakwa atas dua pertuduhan rasuah.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Shahir menambah, SPRM juga perlu tegas dalam menangkis tohmahan dan tuduhan liar pemimpin politik ‘kluster mahkamah termuda’ yang secara tidak langsung mengatakan SPRM sebagai alat politik kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“DPIM beranggapan, tohmahan dan tuduhan liar ini dilemparkan untuk menjatuhkan kredibiliti SPRM, walhal empunya badan perlu cermin diri sendiri apabila bercakap mengenai integriti. Jika tiada angin, masakan pokok bergoyang. Belia anti rasuah!,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here