KES kematian akibat Covid-19 menurun hari ini, namun Malaysia masih merekodkan kematian melepasi tiga angka iaitu 134 kes.
Menerusi kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 119 kematian melibatkan warganegara dan selebihnya adalah warga asing.
Ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang terkorban kerana Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 7,574 orang.
Sementara itu, dilaporkan seramai 938 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU), manakala 459 pesakit masih memerlukan bantuan alat pernafasan.
Malaysia terus merekodkan kes positif baharu Covid-19 melepasi lima angka hari ini iaitu sebanyak 13,009 kes.
Setakat ini, jumlah kes Covid-19 yang aktif dilaporkan sebanyak 142,051 kes dan jumlah kemulatif Covid-19 di Malaysia 964,918 kes.
Sebanyak 32 kluster Covid-19 baharu dikesan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kluster ialah 3,361 kluster.
Bagaimanapun 2,415 kluster telah berakhir dan hanya tinggal 946 kluster yang aktif setakat hari ini. – Malaysiapost

