Muqharabbin sedia berhadapan Raja Nong Chik di Lembah Pantai

0
1

INI bukan masa nak letak siapa calon, sekarang waktu bersama membantu rakyat, kata Exco Pemuda Umno, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Lembah Pantai berkata demikian susulan kenyataan Ketua Umno bahagian itu, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang didakwa mula memainkan isu calon di Parlimen Lembah Pantai.

Muhamad Muqharabbin atau dikenali sebagai Qobin berkata Umno bahagian sudah membawa nama kepada kepimpinan parti, sampai masa biarlah kepimpinan tertinggi Umno memutuskan siapa yang benar-benar layak.

“Jangan niat turun bantu rakyat, pada masa sama meminta meletakkan calon pilihan. Itu tak ikhlas namanya.

“Sekiranya Datuk Raja masih meminta untuk meletakkan calon atau bertegas menjadi calon bebas, saya sedia berhadapan dan menawarkan diri untuk bertanding di Parlimen Lembah Pantai.

“Ini sekiranya pucuk pimpinan parti tidak mencalonkan Ketua Umno bahagian Datuk Ramlan Askolani atau Timbalan Ketuanya Datuk Tengku Zuhri Abdul Aziz atau Ketua Puteri Dr Masliha Harun sebagai calon Umno Lembah Pantai,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, Raja Nong Chik dilaporkan ingin bertanding bebas serta meminta agar Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz diletakkan sebagai calon Lembah Pantai tanpa memaklumkan kepada kepimpinan bahagian.

Mengulas lanjut, Muhamad Muqharabbin berkata beliau menghormati cadangan Raja Nong Chik sebagai bekas ketua bahagian yang mahu calon Umno lain, tetapi membuat kenyataan media tanpa berbincang dengan Exco Kanan Umno bahagian adalah tidak tepat dan mengguris perasaan kepimpinan parti di kawasan itu.

“Kenyataan beliau memilih untuk bertanding bebas juga melambangkan ketidaksetiaan kepada parti sekiranya ada calon luar yang dipilih pucuk pimpinan.

“Seharusnya beliau mencadangkan calon dalam kalangan Umno bahagian sendiri yang memegang jawatan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here