Lelaki tak pakai pelitup muka maki polis telah ditahan

0
1

SEORANG lelaki yang mempertikaikan tugas polis serta mengeluarkan kata kesat selepas tidak berpuas hati dikompaun telah ditahan malam tadi.

Lelaki tersebut sebelum itu tular selepas merakam dirinya dikompaun kerana tidak memakai pelitup muka ketika berada di sebuah stesen minyak di Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan penahanan suspek dan akan mengeluarkan kenyataan media nanti.

Terdahulu video berdurasi 15 minit 42 saat itu menunjukkan seorang lelaki yang singgah di stesen minyak untuk mengisi petrol, didatangi anggota polis selepas dia tidak memakai pelitup muka.

Dia malah mendakwa ada membaca kajian yang menjelaskan memakai pelitup muka boleh dijangkiti bakteria.

Selepas dikompaun, lelaki itu ketika berada dalam kereta masih merakam video diri sendiri dan mempertikaikan tugas polis serta mengeluarkan kata-kata kesat.

Berikutan itu, polis mengesan suspek sebelum menahannya malam tadi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here