Caprice tak jadi buat ‘live’, enggan keruh keadaan dengan Ebit Lew

0
1

Penyanyi rap, Caprice yang terbabit dalam kontroversi dengan Ebit Lew membatalkan sesi ‘live’ yang sepatutnya berlangsung di Instagramnya, malam ini.

Beliau sepatutnya mendedahkan isu belakang tabir yang berlaku di Gaza, Palestin namun dibatalkan susulan laporan polis dibuat Ebit petang tadi.

“Minta maaf guys, ada orang yang sudah buat laporan polis dan Caprice tak dapat buat live malam ini.

“InsyaAllah kebenaran akan terdedah dengan sendirinya,” ujarnya di Instagram.

Caprice juga memberitahu dia sudah penat dan tidak mahu mengeruhkan keadaan lagi namun menyuarakan kekecewaannya kerana ada pihak menggunakan kuasa menyembunyikan individu lain.

“Ini kali kedua benda macam ni berlaku tahun ini. Saya dah cukup penat dan serah semua ini kepada Allah. Saya kini dalam langkah untuk memperbaiki diri untuk menjadi seorang insan lebih baik.

“Walaupun saya masih belum ‘sembuh’ daripada pengalaman (berkaitan misi kemanusiaan di Gaza) namun InsyaAllah saya akan cuba menjadi terbaik dari segi mental dan fizikal,” ujarnya.

Terdahulu, Ebit membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dipercayai berkaitan isu misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin, baru-baru ini.

Beliau dilaporkan berkata, tindakan itu dilakukan bagi menafikan dakwaan dan fitnah daripada beberapa pihak terhadapnya.

Ebit turut menamakan dua individu iaitu Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman atau dikenali sebagai Nadir Al-Nuri dan Caprice serta beberapa nama yang berkongsi perkara itu di media sosial.

Semalam, Nadir menjelaskan isu dalam misi bantuan kemanusiaan di Gaza membabitkan Ebit dengan menegur cara pasukan pendakwah itu melaksanakannya.

Bagaimanapun, dia tidak menyimpan perasaan iri hati terhadap Ebit, namun menjadikan perkongsian itu sebagai iktibar dan pedoman untuk semua pihak.

Susulan penjelasan itu, Caprice mahu mengadakan sesi Instagram live bagi mendedahkan perkara sebenar yang berlaku di Gaza. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here