Rumah Prihatin Grand Seasons untuk bantu rakyat – Annuar Musa

0
2

ILHAM Rumah Prihatin Grand Seasons tercetus bagi membantu rakyat yang memerlukan di Kuala Lumpur, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Annuar berkata, pada mulanya beliau hanya mahu mewujudkan ‘Central Kitchen’, Anjung Kelana dan Urban Farm untuk memberi bantuan kepada orang susah dan gelandangan.

Namum, katanya, ilham Rumah Prihatin Grand Seasons itu datang kerana sayang melihat keadaan hotel berusia 20 tahun itu yang kini tidak lagi beroperasi atas sebab tertentu, justeru beliau ingin memanfaatkan bangunan tersebut.

Tambahnya, beliau turut mendapatkan pandangan daripada aktivis masyarakat, Ebit Lew dan Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang untuk melakukan inisiatif ini.

“Hari pertama saya lawati Bangunan Hotel Grand Season KL yang sudah dua tahun tidak beroperasi, saya buntu.. tidak tahu apa yg boleh saya lakukan. Sahabat lama saya, Datuk Arif Shah memberitahu saya, tuan punya bangunan bersedia serahkan bangunan untuk saya gunakan bersama 300 bilik dan lain-lain faciliti.

“Saya pada asalnya mencari tempat untuk memasak sahaja, kerana saya berhasrat mewujudkan Central Kitchen “to feed urban poor n homeless”. Saya sedang bimbing lebih 200 gelandangan yang kita selamatkan dari sekitar KL.

“Idea ini terbit selepas saya berborak santai bertukar pandangan dgn Ustaz Ebit Liew dan Uncle Kentang. Saya kagum dengan gigihnya mereka. Saya teringin berbuat sesuatu yg sama, kalaupun tak sebanyak mereka,bersama NGO dan sukarelawan yang ada,” katanya menerusi Facebook.

Mengulas lanjut, beliau meluahkan rasa syukur kerana akhirnya hasratnya dapat direalisasikan untuk membantu lebih ramai orang yang memerlukan.

“Beberapa hari saya buntu, kemudiannya amat bersyukur saya kerana Allah swt makbul doa saya, dengan mendapat peluang lebih besar dari yang saya impikan.

“Jika sebelum ini saya dapat wujudkan Anjung Kelana untuk gelandangan dan mengeluarkan wang saku sendiri untuk wujudkan Urban Farm bagi melatih gelandangan, kali ini insyaallah berpeluang membantu lebih ramai, walau tanpa bajet yang khusus untuknya,” katanya.

Beliau berkata, dengan bantuan rakannya, termasuk usahanya memberi penjelasan kepada pemilik hotel terhadap inisiatif berkenaan, akhirnya dia bersetuju untuk memberikan mereka menggunakan bangunan itu bagi tujuan kebajikan.

“Akhirnya datanglah ilham utk mewujudkan Rumah prihatin@ Grand Seasons. Saya menulis surat rasmi kepada tuan punya bangunan dan terangkan idea saya.

“Saya cadangkan untuk laksana enam program menggunakan bangunan yang ada, dan akan laksanakan bersama melalui 3 NGO/ Yayasan yang saya asaskan atau saya kendalikan (YWP,YKK DAN PERMAI)serta satu NGO yang sahabat saya Datuk Ariff Shah pimpin..

“Alhamdulillah, beberapa hari kemudian saya mendapat jawapan hitam putih dari pemilik bangunan,memberi persetujuan kepada cadangan saya itu,” katanya.

Beliau berkata, kini Rumah Prihatin Grand Seasons menjadi markas enam aktiviti utama membantu rakyat di Wilayah itu.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here