Polis buru satu keluarga lompat pagar larikan diri PKPD

0
1
Suasana hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pangsapuri Sri Permai, Sungai Besi ketika tinjauan Malaysiapost hari ini.

POLIS sedang mengesan satu keluarga yang melarikan diri dengan melompat pagar sebuah taman perumahan di Kuantan yang sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, berkata pihaknya sedang mengenalpasti identiti mereka dan meminta perakam video tampil bagi membantu siasatan.

“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 iaitu enggan mematuhi perintah pegawai diberi kuasa dan boleh di kompaun RM3,000. Selain itu tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia (SKMM) boleh dikenakan.

“Perbuatan tidak bertanggungjawab ini boleh menyebabkan penularan pandemik Covid-19 ke lokasi lain,” katanya dipetik Sinar Harian, hari ini.

Satu rakaman video berdurasi 32 saat tular di media sosial yang memaparkan satu keluarga melarikan diri menerusi pagar di kawasan taman perumahan yang dikenakan PKPD.

Dalam video terbabit turut memaparkan ada individu menunggu dengan kenderaan yang diletakkan di jalan besar berhampiran kawasan perumahan tersebut yang sedang menjalani tempoh PKPD, bermula pada 18 sehingga 31 Julai ini.

Mengulas lanjut mengenai kejadian itu, Mohamad Noor berkata, terdapat sebahagian tempat tidak dipasang kawat duri kerana ada tembok dan longkang kekal di situ.

Bagaimanapun selepas kejadian berkenaan katanya, polis akan memperketatkan pematuhan dan kawalan di kawasan PKPD bagi mengelak kejadian sama berulang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here