Kes Covid-19 kembali meningkat, 12,366 kes hari ini

0
1
Dianggarkan seramai 2000 pesakit positif Covid-19 hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati Shah Alam hari ini.

MALAYSIA mencatatkan kes jangkitan baharu Covid-19 kembali melepasi angka 10,000 dengan 12,366 kes direkodkan hari ini, sekali gus menjadikan kes kumulatif sebanyak 939,899.

Angka itu menunjukkan peningkatan berbanding 10,972 kes baharu semalam.

Berdasarkan data dan infografik dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebooknya, Selangor masih mencatatkan kes tertinggi iaitu 5,524 berbanding 4,404 kes semalam.

Ia diikuti Kuala Lumpur (1,580),
Negeri Sembilan (970), Johor (793), Kedah (701) dan Sabah (657).

Pulau Pinang pula merekodkan kes Covid-19 sebanyak 460 kes, Sarawak (351), Melaka (309), Perak (295), Pahang (288), Terengganu (190) dan Kelantan (179)

Sementara itu Putrajaya dengan 50 kes, Labuan (17), Perlis (2). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here