Lelaki maki hamun peniaga nasi lemak ditahan reman 2 hari

0
1

LELAKI yang berang sehingga mengeluarkan kata-kata kesat kepada dua peniaga wanita selepas ditegur tidak memakai pelitup muka Isnin lalu, telah ditahan polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superitendan Basri Sagoni berkata, suspek yang berusia 33 tahun ditahan kira-kira jam 8 malam di rumahnya di Jalan Desa Bakti, Kuala Lumpur berhampiran gerai nasi lemak itu.

“Suspek direman dua hari untuk disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan Peraturan 17(1) Akta Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Isnin lalu, tular video di media sosial yang memaparkan seorang lelaki yang bertindak memaki hamun dua wanita di hadapan gerai nasi lemak di Jalan Desa Bakti, Kuala Lumpur hanya kerana ditegur kerana tidak memakai pelitup muka. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here