DATA perubatan menunjukkan kadar keberkesanan vaksin Sinovac sama dengan Pfizer dalam melawan wabak Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Dr Noor Hisham menerusi perkongsian di Facebook berkata, terdapat banyak data perubatan diterbitkan mengenai keberkesanan sebenar vaksin Sinovac.
Katanya, pada 7 Julai lalu, dalam laporan New England Journal of Medicine menerangkan keberkesanan penggunaan Sinovac di Chile dari Februari hingga Mei 2021.
“Ia melihat 4.2 juta orang yang diberi vaksin sepenuhnya berbanding 5.5 juta penduduk yang tidak divaksinasi.
“Sinovac didapati mengurangkan jangkitan Covid-19 sebanyak 65.9 peratus mengurangkan kemasukan ke hospital sebanyak 87.5 peratus, mengurangkan kemasukan ICU sebanyak 90.3 peratus dan mengurangkan kematian sebanyak 86.3 peratus ,”katanya.
Dr Noor Hisham berkata, jurnal yang sama pada Disember 2020 melaporkan, ujian dilakukan Pfizer menunjukkan keberkesanan 95 peratus sangat rendah dan hanya menganalisis 170 kes Covid-19 (8 divaksin, 162 dalam kumpulan tidak divaksinasi).
Sementara itu, Kementerian Kesihatan Israel baru-baru ini juga telah menyatakan bahawa keberkesanan vaksin Pfizer terhadap jangkitan Covid-19 adalah 64 peratus walaupun masih berkesan namun 93 peratus dimasukkan ke hospital dan penyakit serius.
Israel melihat penurunan perlindungan vaksin Pfizer terhadap jangkitan Covid-19 masih kuat.
Oleh itu, Dr Noor Hisham menegaskan, Sinovac dan Pfizer tidak mempunyai banyak perbezaan dan kedua-duanya berkesan dalam usaha mencegah jangkitan teruk Covid-19. – Malaysiapost

