Kerajaan tolong dengar rintihan syarikat jual beli kereta, ‘carwash’ – Zamil

0
1

Nurul Huda Abhar

KERAJAAN digesa membenarkan syarikat menjual kereta dan pusat mencuci kereta beroperasi dalam tempoh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Timbalan Presiden Penyatuan Ummah Malaysia, Zamil Ibrahim berkata, prosedur operasi standard (SOP) berkaitan syarikat menjual kenderaan baharu atau terpakai serta pusat mencuci kereta perlu dikaji demi kelangsungan perniagaan mereka.

“Tolong kaji semula SOP kedai menjual kereta terpakai, kereta baru dan juga kedai membasuh kereta. Tolong benarkan buka pada Fasa baru ini. Saya mohon kebijaksanaan kalian yang mentadbir negara,” katanya menerusi sebuah video, hari ini.

Zamil berkata, kerajaan perlu mempertimbangkan semula SOP berkaitan disebabkan pemilik perniagaan masih perlu menjelaskan sewa kedai dan tapak, biarpun tidak boleh beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, malah ramai golongan terkesan mahu menjual kereta tetapi tidak boleh melakukan sedemikian oleh kerana syarikat jual beli kereta terpakai masih tutup.

“Semua mereka perlu membayar sewa tapak yang menjual kereta, ada juga kedai basuh kereta yang menyewa. Penyewa tetap nak kutip sewa. Tapak yang diguna untuk menjual kereta juga kena bayar sewa.

“Sekarang ramai yang terkesan dalam tempoh PKP ini dan mahu menjual kereta. Tetapi tidak boleh jual kereta mereka. tolong fikir sama pada pihak yang berkaitan ini.

“Tolonglah mereka juga mahu hidup. Tetapi disebabkan SOP ini nak jual kereta, beli kereta tidak boleh. Pada kerajaan yang prihatin ini.. tolong lah fikir,” ujarnya lagi.

Dalam tempoh pelaksanaan PKP 3.0, pusat cuci kenderaan, kedai menjual kenderaan, kedai aksesori kenderaan, serta institut latihan memandu juga tidak dibenarkan beroperasi sepanjang ‘lockdown’. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here