Kematian meningkat, Jabatan Forensik HKL sibuk luar biasa

0
1
Rumah mayat HKL

SUASANA di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) sesak malam tadi dengan van jenazah kelihatan keluar masuk silih berganti.

Tinjauan Malaysiapost mendapati keluarga waris jenazah pesakit Covid-19 turut berkumpul untuk memberi penghormatan kepada ahli keluarga mereka yang telah tiada.

Suasana Jabatan Forensik HKL

Suasana pilu menyelubungi Jabatan Forensik HKL apabila sayup-sayup kedengaran esak tangis waris yang meratapi kehilangan ahli keluarga.

Meskipun hanya melihat dari luar, kelihatan petugas barisan hadapan bertungkus lumus untuk menyiapkan jenazah sebelum dibawa menaiki van bagi proses ke tanah perkuburan.

Beberapa van jenazah turut menunggu giliran di bahu jalan di luar Jabatan Forensik HKL untuk membawa perjalanan terakhir mangsa Covid-19 ke destinasi abadi.

Suasana Jabatan Forensik HKL

Bagaimanapun keadaan luar biasa ini reda selepas jam 10 malam dan akan bersambung pagi ini.

Semalam Malaysia merekodkan jumlah kematian paling tinggi sejak dilanda pandemik ini iaitu 153 kes kematian. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here