Kelonggaran SOP lengkap dos vaksin diputuskan minggu ini

0
1

KELONGGARAN Prosedur Operasi Standard (SOP) terhadap individu yang telah lengkap dua dos vaksin Covid-19, akan diputuskan minggu ini, maklum Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, keputusan itu akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) minggu ini.

Mesyuarat MPN itu juga akan mengambil kira kriteria kelonggaran yang akan diberikan kepada kumpulan berkenaan termasuk mempertimbangkan kebenaran merentas daerah.

Katanya, ini untuk memastikan penerima lengkap dua dos vaksin Covid-19 tersebut tidak terikat dengan keadaan penguatkuasaan SOP terlalu lama.

Selain itu, Muhyiddin berkata, keputusan tersebut turut mengambil kira pembukaan sektor ekonomi, dengan syarat industri bersedia mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tidak mempunyai kes Covid-19.

“Premis berkenaan boleh dipertimbangkan untuk dibuka lebih awal dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) sekiranya pengusaha menjalankan ujian saringan kepada pekerja sekurang-kurangnya seminggu sekali,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/07/16/kelonggaran-rakyat-lengkap-vaksin-akan-dimuktamadkan-dalam-masa-terdekat/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here