Lebih 14 juta penduduk Malaysia sudah divaksinasi

0
1
Sudut orang ramai menunggu giliran dan mengambil vaksin dan AstraZaneca di PWTC.

JUMLAH pemberian vaksin Covid-19 di Malaysia setakat ini ialah 14,002,324 dos dengan pemberian 380,440 dos dilaporkan semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata jumlah penerima dos pertama ialah 9,570,974 individu dan daripada jumlah itu, 4,431,350 individu telah terima dos kedua.

Berdasarkan data dan infografik yang dikongsinya, seramai 253,830 individu menerima dos pertama dan 126,610 individu lagi menerima dos kedua semalam.

Secara keseluruhan, rangkuman Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan jumlah tertinggi pemberian vaksin dengan 3,752,686 dos pertama dan 1,181,173 dos kedua.

Sarawak jumlah pemberian vaksinnya adalah 1,545,402 dos pertama dan 859,906 dos kedua, manakala Johor membabitkan 658,820 dos pertama dan 374,919 dos kedua.

Di Perak pula, sebanyak 559,242 dos pertama diberikan dan 296,933 dos kedua, diikuti Pulau Pinang dengan 488,812 dos pertama serta 212,744 dos kedua, manakala Sabah 475,084 dos pertama dan 358,132 dos kedua.

Negeri Sembilan sebanyak 416,836 dos pertama dan 161,548 dos kedua, manakala Pahang merekodkan 313,522 dos pertama dan 196,232 dos kedua, diikuti Kelantan 308,396 dos pertama dan 202,701 dos kedua.

Terengganu mencatatkan 266,781 dos pertama dan 136,465 dos kedua, diikuti Melaka dengan 233,608 dos pertama dan 121,850 dos kedua, manakala Perlis 88,435 dos pertama dan 63,145 dos kedua serta akhir sekali Labuan dengan 58,975 dos pertama dan 41, 156 dos kedua. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here