Jangan cuba-cuba nak rentas negeri guna surat MITI – PDRM

0
1

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan menerima surat kelulusan dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk tujuan merentas negeri bagi tempoh 18 hingga 21 Julai ini.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, larangan pergerakan merentas negeri menggunakan kelulusan MITI itu dibuat bagi mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakannya untuk sambutan Aidiladha.

Menurutnya, ia susulan PDRM mengesan peningkatan bilangan kenderaan di lebuh raya dalam tempoh dua hari kebelakangan ini.

“Semua sekatan jalan raya (SJR) sempadan negeri telah diarah meningkatkan penguatkuasaan untuk tujuan ini .

“Semua SJR juga diarah untuk tidak menerima dokumen MITI sebagai kelulusan pergerakan yang sah bagi tempoh 18 hingga 21 Julai ini (Ahad – Rabu) bagi pergerakan rentas negeri,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, larangan itu bagaimanapun tidak terpakai bagi urusan kecemasan dengan kebenaran polis serta urusan kesihatan termasuk vaksinasi.

“Mana-mana pihak yang didapati melanggar larangan ini akan diambil tindakan tegas tanpa kompromi.

“Masyarakat dinasihat untuk bersama memainkan peranan dalam melandaikan lengkuk jangkitan wabak Covid-19,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here