Covid-19: Kes masih melepasi lima angka

0
1
grafik

JUMLAH kes harian baharu Covid-19 masih berada pada lima angka dengan kes dicatatkan hari ini adalah 10,710 kes menjadikan keseluruhan kes kini 916,561 kes.

Ia menunjukkan sedikit penurunan berbanding 12,528 kes yang dicatatkan semalam.

Berdasarkan data dan infografik dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebooknya hari ini, Selangor mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 4,828.

Kuala Lumpur pula merekodkan 945 kes, diikuti Johor (808), Negeri Sembilan (771), Kedah (696), Sabah (666), Perak (407) dan Pahang (369).

Pulau Pinang pula mencatatkan 295 kes, diikuti Melaka (289), Sarawak (262), Kelantan (146), Terengganu (123), Putrajaya (51), Labuan (50) serta Perlis dengan lima kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here