PKPD: 12 lokaliti di Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan dan Pahang

0
1

SEBANYAK 12 lokaliti membabitkan empat negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa bermula 19 Julai hingga 1 Ogos ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM).

Katanya, keputusan itu termasuk mengambil kira penilaian risiko dan trend jangkitan Covid-19 serta bersetuju untuk mengenakan PKPD di lokaliti berkenaan.

Semua lokaliti yang dikenakan PKPD adalah seperti berikut:

  1. Apartment Seri Maju, Kota Kinabalu, Sabah
  2. Kampung Tinusa 2, Sandakan, Sabah
  3. Dua Lokaliti di Tawau, Sabah membabitkan QL Farm Breeder, Jalan Stesen TV dan Kuarters Pekerja Onika Kuari.
  4. Empat lokaliti dalam daerah Rembau, Negeri Sembilan membabitkan Taman Chembong Utama; Taman Chembong Jaya; Taman Setia Raja, Mukim Chembong
    dan Taman KSNS, Mukim Pedas.
  5. Pos Iskandar, Bera, Pahang
  6. Kuala Medang, Lipis, Pahang
  7. Kampung Garung, Kuching, Sarawak
  8. Kampung Pasir Hilir, Daerah Lundu, Bahagian Kuching, Sarawak – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here