64 premis termasuk kilang diarah tutup ingkar SOP

0
1

SEBANYAK 64 premis meliputi kilang, premis perniagaan dana tapak pembinaan diarahkan tutup kerana didapati gagal mematuhi SOP ditetapkan kerajaan, semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melakukan pemeriksaan ke atas 2,239 kilang, 14,551 premis perniagaan, 793 tapak pembinaan dan 293 asrama penempatan pekerja.

“Secara kumulatifnya, pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melaksanakan 82,402 pemeriksaan dan snap check Covid-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramai 18,526 orang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan telah mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh dari segi pemeriksaan ke atas kilang dan premis perniagaan kerana terdapat peningkatan insiden pelanggaran arahan kerajaan dan SOP yang telah diwartakan.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here