Pusat Sehenti Pengurusan Jenazah dibentuk, bantu urus ‘lambakan’ mayat di HKL

0
1

MENTERI Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) dan 15 agensi berkaitan akan membantu pengurusan mayat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menerusi ciapan Twitternya, Annuar berkata, situasi di HKL ketika ini sangat mencabar sekali gus menuntut pihaknya membentuk Pusat Sehenti Pengurusan Jenazah (PSPJ) untuk mempermudah pengurusan susulan peningkatan jumlah mayat di hospital berkenaan.

“Berdasarkan maklumat HKL, pengurusan jenazah (Islam dan bukan Islam) sangat mencabar masa ini.

“Justeru saya bersetuju DBKL dan HKL bersama 15 agensi terkait membentuk Pusat Sehenti Pengurusan Jenazah (PSPJ) agar semua proses lebih sempurna.T ask Force GKV sudah di maklumi,” tulisnya dalam ciapan itu.

Terdahulu Malaysiapost melaporkan, Pakar Perubatan Forensik, Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) HKL, Dr Ahmad Hafizam Hasmi berkata, jenazah di hospital itu bertali arus dibawa keluar ke perkuburan untuk dikebumikan.

Beliau berkongsi situasi menyedihkan itu di Facebooknya, memaklumkan sehingga jam 10 malam pihaknya masih berkeja keras menguruskan jenazah pesakit Covid-19 di HKL.

“Jam 10 malam, kami masih bekerja keras bersama JAWI menguruskan jenazah pesakit Covid-19 di HKL.

“Jenazah (jenazah) pesakit Covid-19 juga bertali arus dibawa keluar dari IPFN ke kubur, tempat persemadian terakhir.

“Secepat mana jenazah dikeluarkan dari IPFN, secepat itu juga jenazah baru dibawa masuk ke IPFN dari wad dan juga luar hospital,” luahnya.

Tiga hari berturut-turut, Malaysia merekodkan catatan kes melepasi lima angka dengan semalam jangkitan paling tinggi sejak pandemik itu melanda iaitu 13,215 kes.

Pada masa sama sebanyak 110 lagi kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here