2 anggota polis ditahan lakukan pemerasan RM200

0
2
pemerasan wang. extortion of money

DUA anggota polis ditahan hari ini selepas melakukan pemerasan wang daripada seorang lelaki atas alasan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, tangkapan itu dilakukan pada jam 2.45 pagi tadi oleh sepasukan polis dari Bahagian siasatan Jenayah Petaling Jaya selepas pengadu berumur 27 tahun membuat laporan polis.

Menurutnya, kedua-dua polis yang bertugas di Ibu Pejabat Daerah PJ itu telah meminta RM200 daripada lelaki warga tempatan itu selepas didapati menaiki kenderaan melebihi had penumpang yang dibenarkan.

“Anggota polis tersebut telah memberitahu kepada pengadu bahawa dia telah melanggar SOP PKPD kerana menaiki kenderaan melebihi had yang ditetapkan yang mana boleh dikompaun sebanyak RM2,000.

“Anggota tersebut telah mengarahkan pengadu untuk menghubungi majikannya dan memberikan telefon kepada anggota polis tersebut untuk bercakap dengan majikannya.

”Kemudian anggota polis tersebut telah meminta pengadu memberikannya wang sebanyak RM200,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, pengadu memaklumkan kejadian itu berlaku lebih kurang jam 11.30 malam semalam, ketika dia bersama rakan sekerja dalam perjalanan ke tempat kerja di kawasan Petaling Jaya sebelum ditahan sebuah kereta peronda polis

Katanya, pengadu juga telah memuat naik satu kenyataan di Twitter miliknya bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan pemerasan anggota polis itu.

Tambah Mohamad Fakhrudin, kedua-dua anggota itu akan dibawa ke hadapan Majistret untuk tahanan reman.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan,” katanya.

Selain itu, beliau turut menegaskan polis tidak akan berkrompomi dengan mana-mana pegawai dan anggota polis yang melakukan Jenayah. – Malaysiapost

Gambar sekadar hiasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here