
Nilam Oshman
SEBANYAK 37 kluster baharu dikesan hari ini dengan 19 daripadanya melibatkan tempat kerja.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata empat negeri merekodkan kluster tempat kerja tertinggi dengan masing-masing tiga kluster.
Ia adalah Kluster di Pulau Pinang membabitkan Jalan Mayang Pasir; Persiaran Cassia Selatan Satu; dan Lorong IKS Juru Tiga.
Kluster di Selangor pula membabitkan Tapak Bina Jalan Lagong; Industri Alam Jaya Tiga; dan Industri Jalan Rukun Dua.
Bagi Kluster di Johor membabitkan Setapa; Jalan Gunung 32 dan Jalan Lok Heng.
Kluster di Pahang membabitkan Lorong Baiduri Satu; Jalan Mahkota Kuantan dan Jalan Chengal Temerloh.
Sementara itu, Kluster tempat kerja di negeri lain yang dicatatkan hari ini adalah masing-masing dua di Melaka dan Kelantan serta satu di Kuala Lumpur, Terengganu dan Perak.
Selain itu, beliau berkata, terdapat lapan kluster berkaitan aktiviti komuniti membabitkan dua di Sarawak masing-masing satu di Kuala Lumpur, Terengganu, Perak dan Selangor, Kelantan dan Johor.
“Turut direkodkan ialah empat kategori Kluster Pusat Tahanan, tiga kategori Kluster Kumpulan Berisiko Tinggi dan tiga kategori Kluster Pendidikan lain,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, secara keseluruhan sejak pandemik bermula terdapat 3,205 kluster Covid-19 di negara ini.
“Jumlah kluster yang sudah tamat adalah 2,312 manakala jumlah kluster aktif dengan kebolehjangkitan membabitkan 893 kluster,” katanya. – Malaysiapost
