Nurul Huda Abhar
PEBAGAI inisiatif yang dilaksanakan bagi membantu pihak yang terjejas ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memerangi virus Covid-19.
Salah satunya adalah dengan menyediakan bantuan ‘food bank’ di kawasan tumpuan, untuk memastikan tiada yang kelaparan atau putus bekalan makanan ketika ini.
Namun begitu, perkongsian pemilik akaun Facebook, Muhd Hafiz Zainuddin lain pula kisahnya berkaitan dengan ‘food bank’.
Situasi yang berlaku apabila seorang pelanggan kedainya mengambil barang keperluan terlalu banyak seperti stok untuk sebulan.
Namun begitu, setelah adik Muhd Hafiz mula mengira jumlah barangan yang diambil, pelanggan itu dengan hairan bertanya bukankah semua barang adalah percuma seperti iklan ‘food bank’ tertera di kedai itu.
“Ada pelanggan datang Jasa Mart Grocer ambil barang macam stok untuk sebulan. Lepas itu adik abam pun mula kira
“Pelanggan tanya, eh.. kenapa kira, bukan ini kedai bagi free ke saya tengok iklan,” tulisnya di hantaran itu.
Tergamam dengan situasi itu, adiknya lantas menjelaskan bahawa barang keperluan percuma hanya berada di rak hadapan dan pengambilan juga dihadkan untuk membolehkan semua orang merasa.
“Yang free tu atas rak depan… Dan itu pun kami limit kan pengambilan nak bagi semua merasa,” kata adiknya kepada pelanggan itu.
Perkongsian tersebut mendapat reaksi pengguna media sosial yang rata-rata kesal dengan sikap pelanggan itu yang mengambil kesempatan atas pertolongan yang diberikan.
Netizen juga berharap inisiatif ‘food bank’ tidak disalahertikan kerana tujuan utamanya adalah untuk membantu mereka yang tiada bekalan makanan, dan hanya mengambil sekadar yang perlu sahaja. – Malaysiapost
Artikel berkaitan :

