Risiko rendah jangkitan Covid-19 tahap 3,4 untuk petugas lengkap dua dos vaksin

0
1
Petugas-petugas barisan hadapan saling membantu ketika sedang memakai pakaian PPE.

KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan risiko dijangkiti Covid-19 tahap tiga dan empat, hanya 0.1 peratus atau tiga daripada 3,106 bagi petugas kesihatan yang telah divaksinasi penuh.

Merujuk data terbaharu ujian berkala Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Noor Hisham mengakui bahawa jangkitan wabak itu masih boleh berlaku walaupun selepas menerima dua suntikan vaksin.

“Bagaimanapun, impak virus itu kurang serius yang bermakna bilangan pesakit yang perlu dirawat di hospital berkurangan, selain boleh mengelakkan kematian.

“Tidak lama dahulu ramai yang tidak senang dengan tweet saya ketika saya menyebutkan jumlah pekerja kesihatan (HCW) yang dijangkiti setelah vaksinasi penuh.

“Ya, anda masih boleh dijangkiti selepas vaksinasi penuh tetapi kurang teruk, lebih sedikit yang ditahan ke hospital dan kurang kematian,” katanya menerusi hantaran di Twitter.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai untuk terus mempercayai vaksin dan data yang dikeluarkan KKM demi kesejahteraan bersama.

“Percayakan vaksin. Pecayakan data. Vaksin menyelamatkan nyawa dan selepas diberi vaksin sepenuhnya kita dapat hidup berdampingan dengan Covid-19,” katanya.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here