MB nafi keluar kenyataan kes di Selangor belum kritikal

0
1

MENTERI Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menafikan beliau pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kes Covid-19 di Selangor masih belum kritikal.

Ia susulan penyebaran tangkap layar kononnya dilaporkan sebuah akhbar yang beliau berkata demikian.

“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Tangkap layar tersebut adalah tidak benar dan bersifat fitnah,” katanya menerusi hantaran ringkas di Facebooknya hari ini.

Difahamkan, tangkap layar tertulis ‘Selangor masih belum lagi kritikal – MB SELANGOR’ itu tersebar sejurus Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan kes harian Covid-19 mencecah 13,215 kes hari ini.

Selangor sahaja mencatatkan sebanyak 6,120 kes baharu, iaitu tertinggi pernah direkodkan di negeri itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here