Gangguan seksual terhadap kanak-kanak, Yana buat laporan polis ke atas ‘streamer’

0
1

PELAKON Yana Samsudin membuat laporan polis terhadap individu atau ‘streamer’ yang didakwa melakukan gangguan seksual secara lisan iaitu ‘doubel meaning’ dan berbaur lucah kepada kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun.

Menerusi perkongsian di Facebooknya hari ini, Yana memaklumkan laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam susulan tindakan tersebut yang disifatkan jijik dan memalukan.

“Sepanjang bermain permainan (game) dan stream baru kali ini jumpa perkara yang sangat menjijikkan dan memalukan bagi pihak streamer Malaysia.

“Baru baru ini ada viewers datang ke komen akak ketika sedang stream mengatakan seorang streamer (lelaki berusia 20-an) telah report akaun seseorang dan beliau juga seorang kaki toksik yang suka mencarut menggunakan perkataan kotor di dalam streamnya.

“Ramai viewers juga minta akak tengok live stream tersebut. Tapi menolak untuk melihat malah menasihati rakan viewers dan supporters, untuk mengelakkan dari tonton dan support streamer yang membuat content mencarut dan tidak menunjukkan moral baik, sama ada untuk menaikkan rating atau followers.

“Tetapi semalam, selepas meeting, telefon akak terima notification live J Hunter yang mengulas tentang streamer sama, dan kes ni akak rasa lagi besar dan tersangat melampau serta menjijikkan,” katanya.

Menurut Yana streamer tersebut menggunakan perkataan double meaning dan berbaur lucah kepada seorang kanak kanak perempuan berusia 13 tahun.

Ini katanya, terang-terangan salah dalam etika streaming dan streamer tersebut melakukan perkara yang boleh dikaitkan dengan kesalahan yang berhubungan dengan pengantunan kanak-kanak.

“Iaitu berkomunikasi secara seksual dengan kanak kanak. Beliau juga menerbitkan konten secara siaran langsung dengan menggunakan kanak-kanak dalam pembuatan, penghasilan konten berunsur lucah ini dan ada pihak lain juga mengeditnya menjadikan satu video untuk tontonan umum.

“Perlu diingat, gangguan seksual, ugutan atau atau apa sahaja perlakuan jenayah bukan terhad boleh dilakukan di dalam game online, stream live sahaja, malah boleh berlaku di padang permainan, pejabat, sekolah atau rumah sendiri.

“Ini lebih melampau kerana dilakukan pada seorang kanak kanak,” katanya.

Sehubungan itu kata Yana, sebagai wanita, ibu dan masyarakat yang prihatin terhadap isu gangguan seksual terhadap wanita dan kanak kanak, beliau membuat laporan polis pada jam 1 pagi semalam.

Katanya, ia bagi melindungi mangsa tersebut dan bakal mangsa pada masa akan datang kerana ia akan memberi kesan sangat negatif terhadap psikologi kanak kanak tersebut dan melanggar akta kanak kanak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here