Dilarang keluar kawasan PKPD, lelaki buat laporan polis

0
2

POLIS mengesahkan menerima laporan dibuat seorang lelaki yang tidak berpuas hati kerana tidak dibenarkan keluar daripada kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) untuk membawa isterinya mendapatkan rawatan kesihatan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata hasil semakan mendapati pada 6 Julai lalu lelaki berusia 30 tahun itu memohon kebenaran untuk keluar daripada kawasan PKPD bagi tujuan rawatan isterinya yang hamil.

Katanya, lelaki itu dinasihatkan oleh anggota polis yang bertugas untuk merujuk kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang bertugas di kawasan PKPD tersebut dan dibenarkan keluar untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Susulan laporan polis oleh pengadu, siasatan terperinci dijalankan dan tindakan sewajarnya akan diambil oleh pihak polis.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan sebarang perkara atau maklumat yang tidak sahih dan boleh menimbulkan kegusaran masyarakat,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Eng Lai berkata, polis juga mengucapkan terima kasih atas kerjasama masyarakat dalam usaha membendung jangkitan Covid-19. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here