12 peratus penduduk Selangor lengkap terima 2 dos vaksin

0
3
Suasana ketika penerima-penerima vaksin hadir di Pusat Penerima Vaksin (PPV) IDCC Shah Alam. PPV IDCC Shah Alam dibuka hari ini selepas ditutup semalam berikutan kes positif Covid-19 melibatkan 204 petugas PPV IDCC Shah Alam.

SEBANYAK 12.02 penduduk Selangor telah lengkap menerima dua dos vaksin setakat hari ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata sebanyak 2.3 juta dos vaksin telah diberikan kepada rakyat Selangor menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), iaitu jumlah tertinggi bagi sesebuah negeri di Malaysia.

Pada masa sama, katanya, Program Vaksin Selangor (SelVAX) pula mencatat pemberian 57,339 dos setakat semalam.

“Alhamdulillah, kadar vaksinasi harian semalam telah mencecah 114,416 dos, tidak termasuk Program SelVAX yang sedang giat diperluaskan dan mencecah pemberian hampir 58,000 dos sejak dimulakan.

“Kadar vaksinasi ini akan dipertingkatkan dari masa ke semasa,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Amirudin turut memaklumkan bahawa penggunaan vaksin di Selangor adalah 78 peratus berdasarkan bekalan yang diterima dari Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF).

“Baki vaksin berjumlah 618,000 dos telah diberi temujanji untuk tempoh tujuh hari mengambil kira jumlah vaksinasi harian kini mencecah 115,000.

“Kerajaan negeri akan terus mempertingkatkan pemberian vaksin sebagai salah satu langkah utama untuk kita menewaskan wabak Covid-19,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here